BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 November 2013

Cinta Monyet

hai hai haiii.

best tak tajuk arini? hehe

aku saja-saja nak stori tentang cinta monyet aku dgn dua tiga orang. ekceli, aku tak pasti apakah relevannya wujud cinta monyet? setahu aku hanya melalaikan zaman mudaku sahaja. haha. definisi cinta monyet? umm, erkk..tu pun aku xtahu. mungkin cinta main-main mata. langsung tak serius. yerla. zaman budak-budak dulu. zaman berhingus. zaman dimana mula tertarik pada jantina berlainan jenis. kalau dulu-dulu, budak xdala gatai mana. setakat senyum-senyum tu adalah. sekarang? haihh...toksah cerita. tengok depan-depan pun adaaa. 
udah-udah. cerita aku ni sweet, toksah dok campo ngan masalah sosial laa nii plak.

watak 1 :
Budak ni jiran aku ja. orangnya ensem la (pada pandangan aku masa budak-budak dulu) sekarang? not sure la. haha. tapi dek kerana teringat-ingat kisah dulu, aku masih lagi malu-malu kucing bila jumpa dia. cehhh. budak ni gentleman sket, suke nyanyi, senyum dia tu mcm nak mengorat je tp bukan. dia mmg kind dgn everyone. serasa aku, ada la dua tiga gurl lain usha dia. dia pun mmg budak pandai dan dia juga ketua PPS. (librarian). aku bukanlah gatai nak dekat dia, tapi adik-adik aku suka sgt sakat n kenen2kan aku dgn dia. lagi-lagi kami berjiran selang 2 3 buah rumah je. lagi pula, dia mmg slalu kirim salam dkt aku kalau jumpa adik2 aku. skrg dia bakal jadi cikgu, mcm bapak dia. and he stay myfriend cuma tidaklah segalak dulu pasal jarang2 jumpa.

watak 2 :
dia nih jugak sekelas dgn aku. pasai apa aku minat dia, aku pun tak tahu. tapi selalu jumpa dia, terutamanya time ikut kawan2, atau ikut kakak aku jalan2 waktu ptg. bila selalu jumpa, selalu la jgk aku tringat2 dekat dia. lagi2 time tu tgh alami zaman perubahan dari kanak-kanak ke remaja. hikhik.

watak 3 :
dia senior aku dkt sekolah. kenangan dgn dia jugak paling sweet. tp jugak memalukan sebab time tu aku dah tingkatan 1. dia merupakan pengawas sekolah dan memegang jawatan yang agak penting dalam organisasi tersebut. disebabkan itu dia selalu la jugak round kelas untuk inspection dan tolong cikgu. cerita bermula masa aku tgh tunggu mak aku dekat kantin. aku duk sorang-sorang dan time tu dia dgn kawan-kawan lepak sambil makan , time tu mungkin dia ada extraclass, so dia tak balik lagi. dia asik tengok2 kat tempat aku. aku dah perasan tapi aku ingat dia tengok orang lain. so, aku cepat lupakan hal tu. lepas tu,dia datang kelas aku, dia cari aku. bukan sebab nak ngorat la. tapi, aku dan seorang lagi kawan aku terpilih menerima biasiswa Persekutuan. kira untungla time tu dpt biasiswa tu. hanya 2 orang terpilih setiap sekolah kalau tak silap aku. aku terpilih sebab aku pandai kot, masa tu jela. masa sekarang hampehh. ahah. masa dia panggil nama aku, aku pun keluar. then dia....ah malu la nk cita. nextttt.

0 speaks: