BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 7 November 2013

Nostalgia Burung Ruak Ku

Awal malam tadi, aku buka facebook seperti biasa. Scroll atas dan bawah, aku terjumpa post dari kawan aku, dia tunjuk hidangan dinner dia malam tu. perghhh..SANGAT JELES dibuatnya sebab dia tengah makan sesuatu yang aku sangat-SANGAT suka yakni NASI LEMAK ! fuhhh...terus lapar perut aku disaat menaip entri ni. ONE MORE THING, nasi lemak dia bukan versi biasa-biasa kali ni, tapi terselit satu lauk yang sangat COMEL dan SEDAP dan RARE. susah nak dapat dan dah lama aku tak tengok. nak tahu apa dia?

taraaaaaaa...
tahu tak apa yang pelik dekat nasi lemak ni?
Boleh teka tak lauk apa dia join dengan nasi lemak tu? Mati-mati I ols ingat burung puyuh. perghh..sedap jugak tu..orang lain pun cakap burung PUYUH..tapi SALAH...Ia sebenarnya adalah burung RUAK-RUAK. 


comel tak burung ruak? comel lagi bile dah siap goreng.


ni baru burung puyuhh.


Haa..ni la rupa burung ruak-ruak tu. Punyalah rare burung ni sekarang tahu tak. Sebabnya, apa yang aku perhatikan kat kampung aku di Kelantan tu, kawasan sawah padi dah kurang tu satu problem sebab burung tu semakin kurang habitatnya. Problem lain ialah makanan dia dah semakin kurang + dia menjadi buruan dan kegilaan ramai orang sebab daging dia sangat sedap. Burung ni tak boleh nak ternak macam burung puyuh sebab rasanya burung ni jenis liar, takkan boleh stay dalam suasana terkurung.

hah, kecur tak ayaq liur?
Dulu kecik-kecik, memang aku pernah makan, tapi sangat jarang sebab susah nak dapat. Walaupun tak boleh terbang, tapi dia lari sangat laju dan cekap nak menyorok dalam sawah padi dan semak-semak. 

okay, info tambahan pasal haiwan ni, aku dapat dari Sheikh Al-Google..kihkihkih. Layaannnn.

"Burung Ruak-Ruak ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Amaurornis phoenicurus. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. Burung Ruak-ruak adalah haiwan berdarah panas, bertulang belakang, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Ruak-ruak tidak bergigi. Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.

Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Ia merupakan spesies yang mudah mengadaptasi. Ia berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi u-wak.

Burung Ruak-ruak dewasa kebanyakannya mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia empunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.

Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Bayi burung bewarna hitam seperti kesemua jenis (Rallidae).

Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek. Burung Ruak-ruak mudah dilihat dikawasan terbuka. Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.Merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972 (Akta 76) bagi semenanjung Malaysia,dan juga indonesia.

Burung ruak-ruak terdapat di kawasan berair, seperti paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman. "


0 speaks: