BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 30 November 2013

Mata Kucing




Petang tadi Siti ajak pi renew buku dekat main library. Aku pun setuju je la, boleh renew buku Etika Alam Sekitar aku pinjam tu. Pehh. Baru aku teringat buku tu dah lama lepas due. Haha

Sambil menyelam, kentutla sekali. So, tadi aku berhajat nak cari novel RAM atau FIXI atau mana-mana novel fiksyen, aku dah pinjam Bagaikan Puteri dan Hatiku Di Harajuku. BEST GILER novel pakcik RAM ni..tapi, aku renew balik novel Bagaikan Puteri sebab belum habis baca. 

Sebab boleh pinjam 1 lagi untuk novel (item berstiker biru), aku pun naik tingkat dua nak usha buku baru. Cari punya cari, jumpa satu buku RAM yang aku belum baca iaitu Sunan Musafir (kot..aku lupa tajuk sebab banyak tajuk berkaitan Sunan karya RAM ni). Aku pun, bolehlah daripada takda dan balik dengan kecewa. Tapi aku masih tak puashati lagi. Belek-belek dari atas sampai bawah, bawah naik atas balik, aku terjumpa dekat baris paling bawah, buku fiksyen bertajuk MATA KUCING , karya Nizam Zakaria. Aku pun pernah baca karya Nizam ni bertajuk SUSUK, yang agak memboringkan. So, aku berharap MATA KUCING ni ohsem.
Nasib baik Siti sanggup pinjamkan buku bertajuk Sunan Musafir tu sebab aku hanya ada 1 kekosongan untuk buku berstiker biru ni. 

So, keluar dari library aku dah start baca Mata Kucing ni. Ternyata memang best dan membuatkan aku tak boleh stop membaca. Sebelum jam 12 tengah malam aku sempat habiskan baca buku setebal 247 mukasurat ni. 

Ya, kisah dia memang ada kaitan dengan kucing, dan mata kucing. 


0 speaks: