BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 4 November 2013

kenapa 3?

Neelofa kata Kelantan akan skor 3 dan Pahang 0

Dato Siti Nur Haliza pulak kata Pahang akan skor 3 dan Kelantan 1.



Kawan-kawan dekat FB masing-masing bagi ramalan, dan ramai kata Kelantan akan menang dengan skor 3-1. Kenapa mesti 3? Ada ong ke kat nombor tu? okay aku memang buta terus kalau tanya bab bola. 

Update pasal bola bukanlah sebab aku minat bola. Tapi bukan jugak bencii. Tapi cuma mahu ambil tahu.


Tadi baru berlangsung Perlawanan Final Piala Malaysia. 

dan Kelantan kalah kepada Pasukan Tok Gajah dengan skor 1-0. 
Dalam hati aku kata ''nasib baik cuma 1 gol, kalau tak Kelantan bertambah malu''

Komen di FB ada yang mengatakan permainan Kelantan malam ni hambar. Bagi aku pula, penyokong Kelantan terlalu yakin dan memperkecilkan Tok Gajah. Negeri Gulai lemak ikan patin itu juga tidak kurang hebatnya. Mulut masin sesetengah penyokong mengatakan ''bagilah peluang pada Tok Gajah pulak''

Seorang kawan di FB mengatakan ''Pahang menunjukkan disiplin yang tinggi malam ni..Kelantan banyak error terutama sekali bahagian tengah.. pemain terbaik : Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid..''

Tertarik dengan kata-kata seorang sahabatku ''Jgn bersorak ketika menang jika tak mampu sokong ketika kalah..'' dan  ''..football is about loyalty no matter win or lose..''

Sekian ulasan ambe pasal bola. kihkihkih

0 speaks: