BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 8 November 2013

Pelajar SPM Meninggal Dunia

Pada hari pertama SPM dijalankan, aku scroll FB dan terjumpa status seorang junior ku yang berbunyi ''Sahih ke perkhabaran ni? Dapat tahu ada pelajar yang merupakan calon SPM 13 Maahad Saniah Pasir Puteh meninggal dalam dewan peperiksaan setengah jam selepas peperiksaan dimulakan. Sama-sama la kita sedekahkan Al-fatihah kepada adik tersebut. Ajal datang tidak kira masa...''.

Mula-mula rasa tak percaya dan berharap tidak benar. Oh tak sanggup nak tahu berita sedih macam tu. Dahla adik aku pun sama-sama SPM. Banyak pulak berita kematian macam ni aku dengar. Salah seorang classmate aku, Cidot juga kehilangan ayah dia pada 1 Muharam. Katanya ''Alhamdulillah semuanya selesai dgn mudah. 1 Muharam, ayah kmbali menghadap Illahi. Syukur sangat dapat bce doa awal n akhir tahun bersama ayah. Sempat juga ayah mbacakan doa seperti yg selalu dilakukannya swaktu kmi skeluarga brkmpul. Tenang, redha n rela kami lepaskan ayah ke negeri yg lebih baik, lebih2 bila lihat senyuman pada wajah xbernyawa ayah. SubhanaAllah. Mohon yg mndapat tahu berita ini dapat mengampunkan segala dosa n mndoakan kesejahteraannya di sana. Aminn Wallahualam. (': '' 
Harap kau tabah kawan. Aku yakin ayahmu menjadi tetamu istimewaNYA.

Berbalik kepada cerita tadi, pelajar tu yang bernama Nur Syazwani Arifin, 17, tiba-tiba rebah ketika menjawab peperiksaan pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pasir Puteh , dan disahkan akibat pecah saluran darah ke jantung. Punca kematian pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Anis (HTA). Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi, semalam, berkata polis mengklasifikasikan kes pelajar itu sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan sebarang unsur lain. 
Sementara itu, Ketua Jabatan Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad, berkata mangsa mungkin mengalami Aterosklerosis atau saluran dinding nipis yang berpunca dari faktor pemakanan, genetik atau kesan alam sekitar. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tandak, Gaal, kira-kira jam 11 malam kelmarin. 

Berita lainnya juga melibatkan pelajar SPM, Noor Salwana, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut, disahkan meninggal dunia di Hospital Besut jam 5.12 pagi, semalam selepas tiga hari dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa lalu sebaik mengadu sesak nafas. “Arwah pernah meluahkan perasaan tidak seronok kerana terpaksa menjawab soalan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di hospital. Walaupun begitu, arwah tetap bersemangat mahu menduduki peperiksaan,” kata Nur Iman Solehah Mohd Safawai, 15, adik kepada Noor Salwana, 17, calon SPM yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah. Arwah yang juga anak kedua daripada lima beradik dimasukkan ke hospital kerana tidak cukup darah sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Zainab Muhammad, 47, yang menemani arwah di hospital.

Sebelum itu, terdapat satu lagi kejadian yang melibatkan seorang lagi calon SPM, Mohamad Nor Alif Harun, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun meninggal dunia selepas empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mangsa sebelum itu dilaporkan kritikal selepas motosikal diboncengnya dilanggar mat rempit yang sedang berlumba di Kilometer 79.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 49, Dungun, Jumaat lalu.

Ada lagi tak berita pelajar SPM meninggal dunia? Mungkin aku terlepas pandang. Ajal tak mengira usia. Kejadian ini sungguh meninggalkan kesan kepada kita semua dan semoga semua mengambil iktibar. Wallahualam.

0 speaks: