BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 4 November 2013

Video Viral 2013

Trademark atau Meme yang famous abad ini


1. ''Listen Listen Listen.'' yang dipopularkan oleh Sharifah Zohra Jabeen 




Kecaman terhadap Sharifah Zohra Jabeen itu merujuk kepada ucapan kontroversi yang diberikan oleh presiden aktivis Malaysia organisasi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) semasa acara forum pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Disember 2012. Kata-kata kasar Sharifah kepada seorang pelajar Indian, bersama-sama dengan petikan "Listen, Listen, Listen, Listen" berulang kali kemudiannya menjadi virus dan melahirkan banyak video parodi selepas rakaman video kejadian itu telah dimuat naik ke YouTube pada bulan Januari 2013. Ganas jugak student IPT sekarang pun..

2. ''Bukan 1 hari, bukan 2 hari, bukan 1 minggu, tapi selama-lamanya..'' dipopularkan oleh Puteri Awani.



PA asalnya seorang budak sekolah biasa yang berniat ingin menghargai kekasihnya Ery dengan buat bideo keramat tuh. At first, dia upload bideo tu dekat Youtube dan private kan. Then, lepas dapat pujian dan sokongan dari kawan-kawan, dan dapat komen yang baik-baik, dia ingat benda ni akan okay, lantas Ery suruh public kan bideo tuh. Mungkin dia lupa kita 1 Malaysia ni ada macam-macam ragam dan kerenah. hehee *choppp, aku tak kutuk pun bideo diorang. aku geleng kepala jer.ahaha..tapi, from my view, geng dewasa jer yang kutuk-kutuk kata budak 'baru nak up' la, macam-macam la..tapi, yang sebaya atau lebih kurang baya dengan PA tu xdelah kutuk mana, siap kata 'so suwittt' lagi, siap doakan 'semoga kekal till jannah''. erm...aku pikir, batch umur lain, pala otak pun lainlaa..hihii

3. Video Bobo yang suka membuat video parodi artis-artis. Antara artis yang dah kena ialah Shae dan Stacy. Video lain aku x tengok sebab makin menyampah lak. Mula-mula dia buat parodi lagu Shae tu aku rasa okay lagi, kelakar. Siap ditiru Johan Raja Lawak mase event anugerah untuk artis (AIM kot)



4. '' Macam comel jer, macam cantik jer, macam comel jer..'' dan seterusnya *sambil kelip-kelipkan matanya. Video ni dimuatnaik oleh Awek Legoland (sebab dia pakai baju Legoland) - Syasya. Asalnya diupload di Keek, mungkin tak femes sebab bukan semua orang ada keek, tapi ada somebody yang upload dekat youtube. Mungkin rakyat Malaysia ni meluat atau menyampah sebab tu jadi viral dan pakat kutuk. Tapi ada je yang backup sebab awek tu boleh tahan comel, cun ! 



Kalau tengok dan perhati dan fikir, ayat tu biasa-biasa saja, tapi disebabkan ia disebut atau dilakonkan dengan gaya yang 'menarik' dan menarik minat orang lain untuk bercakap tentangnya ia jadi viral. Famous serta-merta bak hang. Rakyat Malaysia ni boleh tahan jugak bab bahan orang.. cer kena pada batang hidung sendiri. Mesti keluar ayat ''kita tidak dilahirkan sempurna, mesti ada buat silap..'' kuikuikui

Tapi, mempersendakan orang dengan video parodi tu adalah perbuatan yang tidak bermoral, tidak beretika. Semua orang tak lari dari buat silap kan?

0 speaks: