BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 4 November 2013

Jodoh Kita Bagaimana?

“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”



Petanda jika dia memang benar-benar jodoh kita?

Kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.

Kebanyakannya juga akan menampilkan sikap bersahaja dengan pasangan. Mungkin kerana selesa dengan si dia, maka tidak perlu hipokrit sebab kita tahu dia pasti terima kita seadanya walaupun kita makan comot atau kita tak pakai mekap.

Rasa senang dan selesa bersama. Walaupun sering gaduh, tapi kita tetap bersama dan masih merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan - contohnya kahwin.Sebenarnya gaduh dalam tempoh itu adalah salah satu proses belajar untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Contoh, gaduh sebab dapat tahu si dia sebenarnya pemalas, so marah sidia supaya ubah sikap. Sidia pulak mungkin boleh belajar ubah sikap. Macam la kita tak tahu masing-masing ego bila dah kawin, tapi sebelum kahwin Bf/Gf cakap apa semua betul. Hahaa..so, ambil kesempatan untuk ubah sikap pasangan sebelum kahwin. Tapi, mungkin lain orang, lain cara .

Dia juga terima kita seadanya. Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. Tapi awas, ada rahsia tertentu sahaja yang lelaki boleh lupakan. Rahsia besar, jangan sesekali dirahsiakan sampai ke jinjang pelamin. Bawak berbincang baik-baik.

Kedua-dua pihak juga sentiasa jujur dalam pertuturan  atau dalam SMS. Kalau nak ke kelas, cakap nak ke kelas. Kalau nak lepak dengan kawan, bagitau jer. Kalau perlu sedikit ruang bersama kawan-kawan, mintak jasa baik dia untuk tidak ber'SMS untuk satu malam (bagi yang SMS tiap-tiap malam). Yang penting jujur lah. Kalau suka tipu-tipu sampai kesudah, lupakan saja hubungan itu. Dan banyak lagi tips-tips dia seperti saling memahami, senang bekerjasama, tidak hipokrit dan banyak lagi. Kita perlu selesa dengan dia, barulah keyakinan datang dengan sendiri. 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Aku dah terjumpa banyak lakonan dunia cinta ni. Contohnya, seorang perempuan (kawan aku) menolak huluran persahabatan (mungkin jadi cinta) dari seseorang lelaki, mula-mula aku ingatkan sebab dia wara' dan tak minat berkapel. Tapi, then aku dapat tahu dia (perempuan tu) diam-diam bertunang dengan other guy. SEE, mungkin perempuan tu tak selesa dengan lelaki pertama, tapi dengan lelaki kedua dia happy. Dan mungkin ada sebab lain disebaliknya :). Sama macam kakak aku jugak, dia dari sekolah tak minat kapel. Setahu aku, dia tak kapel sebab lelaki yang dia jumpa tak menarik minat dia. Dia mahukan lelaki yang pakai seluar slack dan bukan jeans, pakai kemeja (kalau keluar) dan bukan T-shirt, dan pakai kopiah/songkok. Dan dengan takdir Allah, kakak aku dapat jumpa pasangan dia tu masa kerja part-time di kedai kek. Subhanallah. Sekarang lelaki tu dah sah jadi husband dia dan bakal dapat anak Januari 2014. Insyaallah.

Jika tidak selesa, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

0 speaks: