BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 18 November 2013

Marah


Aku nak marah ni. Abang kedai K2 selalu salah letak telur dalam nasi aku tak marah sangat. Tapi kejadian ni sangat membuakkan rasa marah dan kuciwa dalam jantung hati limpa buah pinggang aku.

Tapi kawan aku kata 

''Cool la, cool laa..biar la dia, jangan lawan dia. Kalau dia jadi 'kurang cerdik' , takkan kita nak ikut lagu tu jugak..''

Sebenarnya ayat kawan aku tu aku dah edit, bagi rhyme and sedap didengar..hua hua hua.

Dan lepas tu aku pun rilek-rilek dan tak yah fikir marah sangat. Dan aku janji TAK NAK MARAH. 

Ya, aku janji...mungkin. HE HE HE

*kalau aku marah dengan orang tu, aku sangat berharap aku tak jumpa dengan orang tu dalam masa 2 3 hari, sebab hasilnya pasti orang tu akan 'terasa hati'. Sebab, aku takkan dapat buat muka senyum.





Hang bukan budak lagii



FACEBOOK bukanlah satu medium yang sesuai untuk hang luahkan rasa tak puas hati jantung limpa mahupun ketiak hang pada sapa-sapa.

LEBIH-LEBIH lagi sebelum ni hang dah nasihat kat orang dengan lantangnya 

''kalau tak puashati jangan cakap kat fesbuk, cakap depan-depan apa salahnya, boleh settle baik-baik'' 

puihh..

YA. Mungkin budak tu 'tak matang, tak cerdik, tak patut' lepas geram dekat FACEBOOK tapi dia tu BUDAK. CLEAR?

Hang tu dah bukan budak-budak dah kawan.

Bukan kewarakan jer penting, kewarasan jugak penting ! 

^_^



Apa masalahnya?


Tajuk entri hari ni, memaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


Si A tegur si B begini ;

"Hang pakai baju jubah lagu ni macam nak tarik perhatian laki ja. Nak suroh laki tengok hang, nak suroh laki puji hang. Baik hang tak payah pakai jubah..''

Si B terus terkedu taktau nak cakap apa. Yelah, sebelum ni si B pun insan biasa-biasa saja, bukan ustazah bukan pakai tudung labuh, bukan niqabis pun. Tapi, dia tak serancak mulut si A. Dia pemalu, dia penyegan.

Dalam satu peristiwa lain, Si A pakai tudung saiz 45 tapi berjenama dan cantik (orang kata, bukan aku kata) , yang tu tak jadi masalah sangat. Yang jadi masalahnya tudung tu jarang, singkat dengan dia dan masih baru (ok, yang last tu bukan masalah). Dan dia pakai tudung tu time nak meraikan *kawan (yang dia minat) konvo.

*Mestilah laki, takkan perempuan minat perempuan pulak..

So, apa masalahnya?


p/s : aku tak mensyen sapa-sapa pun ya. so jangan ada yang perasan lebih-lebih.



Internet

Time internet SLOW gila khinzir tahap siput sedut masak lomak, kawan aku

'' please la internet,
aku nak buat keje (esaimen) niiiiiiii !!! "



Time internet lajuuuu, kawan aku jugak

'' eh, Hang dah tengok citer Umie Aida jadi keldai dadah tu? Kesiann dia kena tipu ngan mamat Negro tu''



Nampak tak permainannya?



Aku budak KOLEJ


Usai sahaja aku solat Maghrib, selalu terdengar announcement berbunyi....

"Selamat datang ke Pengumuman Unit Oriental Bestari sesi kedua, perhatian kepada semua pelajar Kolej Kediaman Bestari (KK4)...."

Difikiran aku, sampai sekarang aku masih belum percaya sepenuhnya bahawa aku sedang berada dan menjadi salah seorang penghuni Kolej Kediaman Bestari ni..Maklumlah, sebelum ni, dari semester 1 tahun 1 sehinggalah semester 2 tahun 3, aku setia stay di Kolej Kediaman Zaba (KK7). Sebenarnya, aku dah selesa dengan KK7 dan setiap kali pilih kolej, aku akan pilih KK7 ditempat pertama dan Alhamdulillah selalu terpilih untuk menetap dikolej dalam senarai pertama lagi. Rezeki orang kata. Sebab aku haram tak pernah join aktiviti kolej kecuali masa tahun 1..hew hew hew. Tapi aku rajin join aktiviti Persatuan anak negeri dari tahun 1 hinggalah tahun 3..Semester ketujuh aku dah tak join, dah jadi mantan. 

Tapi, di semester ketujuh (dimana menjadi semester terakhir aku di UM, Insyaallah) aku tergerak hati nak try apply KK4 ni. Lebih-lebih lagi kawan-kawan aku memang semuanya dekat KK4 dan aku dah selalu gi bilik kawan aku sebelum-sebelum ni. Jadi, secara tidak langsung, aku memang dah ter'berkenan' dengan KK4 sebab apa yang KK4 ni ada. Contoh : BILIK lagi besar, LOKER lagi besar, TANDAS/BILIK AIR lagi besar, ada PANTRI yang besar macam dapur, ada HEATER besar, ada tempar IRON baju yang agak besar. HA HA HA...kesimpulannya, memang dekat KK4 ni semua besar-besar lah.

At first, aku gagal diterima sebagai penduduk KK4, tapi hasil pertolongan kawan aku yang baik dengan kakak pejabat, dia mohon (baca : merayu) jasa baik kakak pejabat supaya luluskan surat rayuan aku dan Siti. Maka, sekarang aku berada di KK4 terchentaaa. ha ha ha...Nasib baik sebab KK7 dah reject aku awal-awal dah..opss, untuk semester last ni, aku memang letak KK7 dipilihan ketiga (pilihan last) hehe...nak tukaq angin la pulak.

Tiba-tiba teringat lak masa lepas daftar bilik di KK7 masa semester 1  tahun 3, aku terus UPDATE STATUS FACEBOOK mengatakan aku masih di KK7 dan dengan bangga cakap 

''once a Zabahan, always a Zabahan..''

Hahaha...puihhh..bukan setia sangat pun hang ni..asalkan dapat kolej..puihh puihhh.


Sunday, 17 November 2013

Ramai pulak yang kawin

Terkejut duhaiiii hatiku ini bila mendengar perkhabaran bahawa bakal muncul satu lagi pasangan kelahiran Persatuan Mahasiswa Kelantan UM (PMKUM). Kedua-duanya orang kuat PMK dan belajar di fakulti yang sama, APM. Sebelum ni dah tahu. Terkejut bukan sebab nak terjadi, tapi terkejut dan tertanya-tanya bagaimana ia bermula dan melarat sampai kahwin? 

Hehe..adapun begitu, tiadalah hak kita untuk mengetahuinya melainkan kedua-dua pasangan. Tahniah, Barakallah to both Ihsan dan Ika. Biarlah sejarah kalian menjadi rahsia keindahan cinta untuk tatapan anakanda kalian nanti. Haha. 

Lepas tu aku mula mengira-ngira berapakah pasangan (kawan-kawanku) yang dah selamat mendirikan masjid pada tahun ni..hurm..agak ramai jugak...termasuk yang bakal berkahwin.

Ramaii baq hang..Antaranya ialah ;

KAWAN-KAWAN SEKOLAH AKU DULU
Jannah & Ridwan (Ogos 2012), Syafiqah & Sakawi, Irwan & Tik, Amalina & Suami dia (tak ingat nama), Fairuz & Alan, Fakhrul & Isteri, Asrul Syafiq & Isteri...

KAWAN-KAWAN DI UNIVERSITI
Syikin & Suami dia, Husna & Afifi, kak Azimah & Suami, Hanan & Abe Aqil, dan lain-lain lagi..tak ingat..

BAKAL KAHWIN
IKA & IHSAN (22 Disember 2013).. he he he..selain itu, Shahidah dan Hilmie jugak bakal kawin November ni jugak. Shahidah ni kawan masa SMKDB dahulu. Kenai-kenai gitu jer, tapi dia ada invite la jugak aku ke walimah dia (melalui FACEBOOK)

Tu belum lagi kira junior sekolah dulu yang dah kahwin (baca: langkah bendul) . Kawan sekolah dulu ada yang kahwin awal jugak, contohnya : LEEN & ISE (senior) dan dah ada sorang anak, Adam. EMA pun dah ada 2 atau 3 anak (tak ingat) walaupun dulu terkenal sebagai gadis pendiam. EMA ni kawan sekolah dan juga jiran aku.

Tapi, yang aku tahu, ramai-ramai yang kawin tu, cuma majlis Jannah dan Syafiqah yang aku attend sebab masa tu cuti. Selain daripada tu, hanya ucapan TAHNIAH di Facebook sahaja. kih kih kih. Jimat duit beli hadiah, boleh gitu? HA HA HA..tak baikk..



Friday, 15 November 2013

Bubur Assyura Pulau Pinang




Mula2 bahan2nya:

300 gm. kacang tanah
300 gm. kacang merah
300 gm. biji sagu
300 gm. kacang hijau
3 ketul ubi keledek merah atau kuning
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
1 ikat pisang raja yang masak
4 helai daun pandan
300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur)
100 gm gula melaka / gula kabung
200 gm. gula putih
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa

CARA CARA MEMBUATNYA:

1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk.
2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam.
3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu.
4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan.
5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer...bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam.
6. Dah siap....kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2....mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.

So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta'ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.

Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.


Sumber daripada: SINI

Bubur Assyura Perak



Bahan-Bahannya:

1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara-Cara

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.

p/s : boleh dimasukan isi durian..lagi bertambah sedap

Sumber daripada: SINI

Bubur Assyura Terengganu




Bahan-bahannya:

1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam

Topping/Hiasan 

kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara-cara

1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

Sumber : SINI

Snow Cheese Cake yang meleleh


My Favourite Snow Cheese Cake leleh OLEH : Cik Puan Mizi


Bahan-bahan :

6 biji telur - buang 2 bj tlur putih

100 gram gula kastor

100 gram tepung superfine / tepung gandum

60 gram tepung jagung

50 gram air sejuk - dari peti ais

1 sudu teh baking powder

2 sudu besar ovalette

75 gram mentega - dicairkan


Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. 2.Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8"

3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C. Dh masak,terus terbalikkan kek atas redai,dan biar sejuk

Krim Cheese :

250g cream cheese

1/2 tin susu pekat manis -

Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut CARA LAYERKAN KEK . -Potong kek kpd 3,letak 1 kek sapu krim,dan lapiskn smpai hbis,last salut dgn cheddar.. #cream cheese dh mmg meleleh,kalau nak pekat,kurangkan kuantiti susu pekat.

HASILNYAAA....




Sumber : SINI



Bubur Asyura Johor


Dalam Muharram ada dari hari Asyura . Jika di Malaysia ni, selain berpuasa, ramai yang akan bergotong-royong memasak bubur Asyura. Kaitan antara makanan ini dengan Asyura adalah ketika peristiwa Nabi Nuh dahulu yang suruh mengumpul bahan untuk dimasak. Arahan itu diperoleh setelah umat manusia di landa banjir besar pada ketika itu, itu adalah makanan pertama setelah kejadian tersebut. Dan dijadikan amalan sunat oleh kita. Penghayatan tu penting. Bukan bermaksud sambut hari Asyura dengan bubur je, tapi lebih kepada mengingati peristiwa Nabi Nuh itu serta sedekahkan bubur dengan fakir miskin dan berkongsi dengan jiran tetangga, itu lebih afdhal , in shaa ALLAH..

Entri kali ni pasal BUBUR ASYURA JOHOR. Sebelum ni aku dah buat entri pasal BUBUR ASYURA UTARA, untuk review boleh rujuk sinii.

Bahan-bahan :

-2 cawan beras
-2-3 senduk santan ( atau 1 cawan jer senang )
-1 labu bawang besar*
-4 ulas bawang putih*
-1 inci* bahan * dikisar
-2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang (atau pilih salah satu)
-1 sk serbuk lada putih
-1 sk / lebih serbuk lada hitam 

Segala jenis kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll) – direndam semalaman 

-sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
-Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
-Garam+gula secukup rasa
-Bawang goreng
-4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
-1 pkt sup bunjut
-Rempah 4 sekawan
-Air secukupnya
-Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam
-1/2 sk serbuk jintan putih ( tambahan )


Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara membuat :-
1. Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau.
2. Bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika
3. Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika.
4. Masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka......biar ia mendidih.

5. Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot
6. Selepas kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu )
7. Perasakan dengan garam secukupnya
8. Bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur )
9. Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( Boleh tambah serunding ikan ).



Bubur Asyura ni nampak sedap sangat, macam bubur lambuk yang aku gilakan tu. Tapi aku tak pernah pulak try yang ni. Maybe next time :)

Bubur Asyura Kedah


ASYURA KEDAH



Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka

Cara-cara:

1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.


Bubur Asyura ni ada banyak jenis, tapi jenis Utaqa la aku paling suka sebab dia dah macam kuih dah..Tambahan pulak, versi utara ni banyak letak kacang. Aku memang hantu kacang ni (bukan kacang hantu) Kalau Kelantan/Timur punya, aku rasa-rasa sikit jela untuk ambik berkat. Next, versi Timur pulak. Stay Tuned :D

All About Wedding...Soonn.


1. KAD KAHWIN idaman qolbu. Style Jeans dengan tulisan menyerlah dan susunan isi kandungan straight bukan macam dalam gambar. Kecuali tulisan 'Raikan Cinta'..Style sangatt..Tapi ni ialah cantik dimana untuk masa sekarang jer, in future, maybe there's more latest and coolest wedding card or i'll just DIY mine. Nobody knows what will happen in future, right?

Sumber : http://www.facebook.com/kadkahwin4udotcom

2. KEK atas dulang hantaran - mesti kek Cheese macam kat bawah ni. Yummy. Tiada kompromi kecuali ditukar dengan kek buah atau pavlova. Heee..Aku bukan peminat tegar kek, satu slice pun dah okay. Tapi aku peminat cheese yang tegar. Selain tu, aku juga suka tempe dah tauhu telur. Tapi mana ada orang bukan kek dengan benda tu kan? haha. okay not funny.


RESEPI KEK : SINI
Sumber : SINI

 3. Doorgift atau orang Kelantan panggil 'sisa' untuk tetamu. Aku suka sesuatu yang boleh makan dan juga buat kenangan. Contoh macam kat bawah ni kan bagus sebab biskut Homemade tu boleh buat sendiri dan balang jar tu boleh beli dengan harga lebih kurang RM0.70 jer berbanding beli dekat kedai RM2 mungkin lebih. Kakak dekat blog ni yang aku rujuk, katanya dia beli dekat Quality Pack yang memang membekalkan bekas atau balang kaca atau plastik. Kedai ni ada dekat area Puchong kot.

Sumber : http://our-wedding-journal.blogspot.com/2012/01/review-doorgift-botol-jar.html


 4. Gubahan Hantaran . Salah satunya gubahan telekung ni. Nampak macam kek kan? Cantik sangat dan nampak rare. Kalau buat gubahan lagu ni, kek nanti jangan tempah yang tinggi dan hiasan berat sangat. Nanti tertukar dengan 'kek telekung' ni pulak. :D . Cara-cara gubahan Kek Telekung ni boleh rujuk dekat sumber ni bawah gambar. Tapi, kena pilih telekung yang ada bunga kerawang lagu tu baru sesuai.


Sumber : http://our-wedding-journal.blogspot.com/2011/01/tutorial-gubahan-kek-telekung.html

 5. PELAMIN ! Simple tapi nampak mewah. Gambar dekat bawah ni sebenarnya cuma DIY, bukan ditempah dimana-mana. and FYI, ni bukan pelamin I, tapi pelamin akak ni. Barang-barang dan bahan-bahan nak bina pelamin ni sangatlah mudah dan boleh buat sendiri. Boleh recycle balik untuk adik-adik kahwin nanti atau boleh buat hiasan kat rumah. Memang jimat sangat belanja.


Sumber : http://our-wedding-journal.blogspot.com/2011/10/review-diy-mini-pelamin.html

Lagi apa ya? Bila teringat, boleh update lain kali. BYE !


P/S : Bukan saya nak kahwin, dan bukan ditujukan untuk sesiapa. Tetapi saya memang minat DIY things. Lagi-lagi untuk persiapan kahwin/ hari bahagia kita ;)

Tudung Turki ku yang baru . Hehehe

Tudung, Jubah, Baju kurung, Dugaan besar untuk wanita...tiap masa fesyen bermacam rupa..

Kawan dari KK5, Meera (bukan nama sebenar) datang KK4 sambil bawak tudung-tudung yang bermacam fesyen. Aku dah rembat 2 helai untuk baju baru aku tu..ngehehee..melayang duit RM45...tudung tu memang latest dan dibeli straight dari Turki..Kenal si Meera ni sebab dia upah jahit jubah dengan kawan aku, Erra (juga bukan nama sebenar). Alang-alang datang sini, terus dia promote jubah dan tudung dia. Diorang (kawan-kawan aku), apalagi, minat terus membuak-buak. Meera tu memang buat bisnes dengan kawan dia dan ada page sendiri iaitu musleemah calysta..



Asalnya aku langsung tak terfikir nak beli sebab duit dah semput jugakla ni. Lagipun, aku bukan jenis uptodate kepada fesyen-fesyen ni tapi memang aku tengah cari tudung untuk 2 helai blouse baru aku tu. Lagipun, sekali sekala beli baru apa salahnya. Agak memboringkan jugaklah kan pakai tudung sama gi kelas. Padahal bukan orang perasan pun kita pakai apa, warna apa. Lainlah kita ni model atau ada secret admire (yang mustahil terjadi padaku) LOL. Tapi harga dia jual lagi murah dari pasaran, cuma RM25, dapat RM23 bila kitorang beli banyak-banyak, kalau dekat luar, ada yang RM39, ada RM30 dan mungkin lebih. Bijak membeli, menang memakai. Itulah prinsip terbaik untuk wanita yang suka membeli. Hehehe.

Sekarang aku dah tak sabar nak put the tudung baru on me..hope everything is okay. Hehehe

Thursday, 14 November 2013

Rasa Hati

Jauh di sudut hati.. Ada rasa malu ketika membait kata-kata. Ada rasa segan ketika mahu berpesan. Diri masih bergelumang dengan dosa setiap hari. Tetapi masih ada rasa mahu menasihati. Walau sentiasa berusaha tanpa henti, adakalanya tersasar juga. Mahu berpesan kepada diri sendiri sebenarnya, tetapi ada rasa mahu berkongsi dengan teman.. Maafkan saya...kerana masih jauh dari sempurna ketika memberi nasihat dan teguran. Saya masih terkial-kial untuk menjadi hamba Tuhan yang sejati. Semoga kita sama-sama dapat menjadi hamba Allah yang baik. Dan lebih baik berserah kepada-Nya kerana kita cuma hamba-Nya....

Kisah Dalam Sehari

Bila aku tengok entri lepas kurang mengancam, aku terus rasa nak menulis entri baru sebab nak suruh entri (yang kurang mengancam) itu turun kebawah dan kebawah. But then, aku juga boleh nak improve tulisan aku, boleh edit bagi betul-betul centre, letak gambar yang menarik (kalau ada/perlu), dan sentiasa mengingatkan diriku bahawa entri hari ni dan juga lepas tidak 'mengumpat' atau menceritakan alkisah orang lain. *geleng-geleng kepala* sebab pasal pengalaman diri aku sendiri pun rasa banyak yang aku perlu ceritakan, contohnya kena denda masa F6 sebab lambat masuk kelas lepas rehat, atau mungkin kisah aku bermimpi aku dah kahwin. cewahh..boleh jugak kisah aku yang suka berangan nak travel oversea. Dan macam-macam lagilah..so, tak payahlah aku nak story kisah orang lain bagai.


Tengahari tadi aku mengucapkan TAHNIAH pada seorang kawan fakulti aku, LELAKI, juga orang Kelantan kerana sekali lagi berjaya mendapat Dean dalam exam lepas..tetapi baru tadi aku ucapkan TAKZIAH pula dekat dia sebab masa bukak FB ada perkhabaran baru mengatakan ayah dia dah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah. Sebelum ni dia memang selalu update pasal kesihatan ayah dia yang tidak menentu. ALLAH. Dah sampai masa dia.

Tapi aku pelikla, kenapa tiap kali aku gi pasar malam (bukan black market), aku beli nasi kerabu, tapi bila sampai bilik, aku terasa nak makan nasi gulai ayam atau koeytiaw goreng, atau sebaliknya. Huhh. Takkan aku nak beli dua-dua kot. Tahula puasa, tapi takda la kebuloq sangat. Dahla tadi nak beli hati ayam goreng, tapi tengok hati ayam tu macam dah kering, mungkin dah digoreng banyak kali. Mungkin.

Tapi takpalah, aku still boleh chill lagi, sebab hari ni dah masuk hari ketiga geng YGen promosi FB page mereka dan bagi botol air jenama Tupperware pada sesiapa yang like FB diorang. Entah apa yang penting sangat dengan page tu sampai dia bagi merchandise berharga RM15 satu tu. Hasil usaha gigih, aku dapat 4 botol sebab ambik FB adik, kak dan FB dia...hehe...Aku dapat kaler kuning 2bijik, kaler oren dan kaler hijau. Rezeki la tu kann. Kawan-kawan aku ada yang dapat 2, 3 dan 6..Yang dapat 6 tu banyak sangat, katanya ambik FB sepupu sepapat dia. Hahaha...Nampak x manusia ni suka benda free. Memang booth dia sentiasa penuh sebab orang berebut nak isi borang, login FB dekat tab yang dia bagi dan barulah boleh claim hadiah. Tadi, dia double check sesiapa yang nak claim hadiah, mungkin sebab ada banyak penipuan berlaku.

Eh korang, jangan lupa pulak, 9 dan 10 Muharam, kita disunatkan berpuasa sunat dimana 9 Muharam adalah Puasa Sunat Taasu'a dan 10 Muharam pula ialah Puasa Sunat Asyura. ''Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lewat'' (Hadis Riwayat Muslim). Memang untunglah siapa dapat puasa, salah seorangnya ialah aku. Untung sebab dapat guna peluang yang Allah bagi ni untuk hapuskan dosa-dosa lepas. Tapi ada jugak yang tak untung sebab tengah dalam keuzuran dan tidak dapat berpuasa. Takziah. Baik tak aku? Memang baik la 'sangattt',..tapi tadi aku ada sign in untuk program Orphan Care yang entah bila dan bagaimana untuk aku join. Sebab dia suruh pergi dengan pengangkutan sendiri dekat rumah penjagaan bayi tu. sigh !

Kalau bilik kita pun sentiasa bersepah, boleh ke kita nak uruskan badan pelajar yang kondisi dan kuantitinya lebih besar dan rumit? haha..Tadi aku tengok ada Flashmob satu badan pelajar, dan salah seorangnya aku kenal, roomate kepada kawan aku. Dia memang kelihatan bersemangat dan hebat. Tapi, diri sendiri tak terurus akibat ke'busy'an yang melampau. *geleng-geleng kepala*

Ahhh aku dah terlampau kenyang sebab bedal air soya, nasi kerabu (yang membuat aku hilang selera hari ni, entah kenapa, padahal biasa okay jer), pisang sebijik, sepotong epal, kurma 2 3 bijik, mungkin 4 bijik. Lagi apa lagi eh? Haaa...roomate aku pun ada bagi donut, so boleh buat sahur. Eh lupa, tadi pun aku ada beli roti inti kacang dekat pasar malam. Ada 6 bun untuk harga RM4, kira okay lah sebab bun dia besau-besau. Hehee.

Yayy tadi soothing gel yang aku beli dah dekat sebulan dah sampai. Lambat sebab beli straight away dari Korea. kelasss gitu...



Friday, 8 November 2013

Pelajar SPM Meninggal Dunia

Pada hari pertama SPM dijalankan, aku scroll FB dan terjumpa status seorang junior ku yang berbunyi ''Sahih ke perkhabaran ni? Dapat tahu ada pelajar yang merupakan calon SPM 13 Maahad Saniah Pasir Puteh meninggal dalam dewan peperiksaan setengah jam selepas peperiksaan dimulakan. Sama-sama la kita sedekahkan Al-fatihah kepada adik tersebut. Ajal datang tidak kira masa...''.

Mula-mula rasa tak percaya dan berharap tidak benar. Oh tak sanggup nak tahu berita sedih macam tu. Dahla adik aku pun sama-sama SPM. Banyak pulak berita kematian macam ni aku dengar. Salah seorang classmate aku, Cidot juga kehilangan ayah dia pada 1 Muharam. Katanya ''Alhamdulillah semuanya selesai dgn mudah. 1 Muharam, ayah kmbali menghadap Illahi. Syukur sangat dapat bce doa awal n akhir tahun bersama ayah. Sempat juga ayah mbacakan doa seperti yg selalu dilakukannya swaktu kmi skeluarga brkmpul. Tenang, redha n rela kami lepaskan ayah ke negeri yg lebih baik, lebih2 bila lihat senyuman pada wajah xbernyawa ayah. SubhanaAllah. Mohon yg mndapat tahu berita ini dapat mengampunkan segala dosa n mndoakan kesejahteraannya di sana. Aminn Wallahualam. (': '' 
Harap kau tabah kawan. Aku yakin ayahmu menjadi tetamu istimewaNYA.

Berbalik kepada cerita tadi, pelajar tu yang bernama Nur Syazwani Arifin, 17, tiba-tiba rebah ketika menjawab peperiksaan pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pasir Puteh , dan disahkan akibat pecah saluran darah ke jantung. Punca kematian pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Anis (HTA). Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi, semalam, berkata polis mengklasifikasikan kes pelajar itu sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan sebarang unsur lain. 
Sementara itu, Ketua Jabatan Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad, berkata mangsa mungkin mengalami Aterosklerosis atau saluran dinding nipis yang berpunca dari faktor pemakanan, genetik atau kesan alam sekitar. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tandak, Gaal, kira-kira jam 11 malam kelmarin. 

Berita lainnya juga melibatkan pelajar SPM, Noor Salwana, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut, disahkan meninggal dunia di Hospital Besut jam 5.12 pagi, semalam selepas tiga hari dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa lalu sebaik mengadu sesak nafas. “Arwah pernah meluahkan perasaan tidak seronok kerana terpaksa menjawab soalan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di hospital. Walaupun begitu, arwah tetap bersemangat mahu menduduki peperiksaan,” kata Nur Iman Solehah Mohd Safawai, 15, adik kepada Noor Salwana, 17, calon SPM yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah. Arwah yang juga anak kedua daripada lima beradik dimasukkan ke hospital kerana tidak cukup darah sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Zainab Muhammad, 47, yang menemani arwah di hospital.

Sebelum itu, terdapat satu lagi kejadian yang melibatkan seorang lagi calon SPM, Mohamad Nor Alif Harun, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun meninggal dunia selepas empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mangsa sebelum itu dilaporkan kritikal selepas motosikal diboncengnya dilanggar mat rempit yang sedang berlumba di Kilometer 79.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 49, Dungun, Jumaat lalu.

Ada lagi tak berita pelajar SPM meninggal dunia? Mungkin aku terlepas pandang. Ajal tak mengira usia. Kejadian ini sungguh meninggalkan kesan kepada kita semua dan semoga semua mengambil iktibar. Wallahualam.

Thursday, 7 November 2013

Siapa Yang Bertuah di Kalangan Kita?

Siapa yang bertuah?

Siapa saja dan apa saja kita buat, biar jadi bertuah. Bagaimana nak jadi bertuah? Caranya ialah sentiasa ingat akhirat.Sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Sentiasa ingin beri sesuatu hadiah kepada Allah. Sama seperti kita sayangkan keluarga atau kekasih kita, sentiasa ingin berikan hadiah.
Orang yang bertuah bukan orang yang kaya, harta bertimbun, tanah berekar-ekar. Orang yang bertuah bukan orang yang cantik, pipi mulus, kulit putih melepak.Orang yang bertuah bukan orang yang berpangkat besar, gaji mahal.

Semuanya itu bukan boleh dibawa ke akhirat. Bertuah dikaitkan dengan akhirat, sediakan habuan untuk akhirat. Walaupun pendek umurnya, tapi taat kepada Allah, itu orang yang bertuah. Dilahirkan sebagai orang yang beriman, itu orang yang bertuah.Kalau orang mengekalkan akidahnya kepada Allah, itu orang yang bertuah.

Masyarakat salah faham. Kerja 5 hari seminggu, hujung minggu berkelah ke pantai, keluar shopping, tengok wayang - itu yang dikatakan bertuah SEBAB hidup sempurna dan gembira dengan habuan gaji setiap bulan walhal tiada sumbangan pada akhirat. 

Walau apa yang dilakukan, jadilah orang yang bertuah - hati penuh pengisisan kepada akhirat, taat kepada Allah.Bukan isteri yang cantik tetapi isteri yang taat kepada Allah adalah isteri yang bertuah. Kecantikan bukan kekal selamanya tetapi ketaatan kepada Allah dibawa ke Syurga. Wallahualam.


Sumber : Ustaz Azhar Idrus feat Ustaz Haslin Bahrin - Anak Isteri Yang Bertuah (Youtube)

Puding Karamel Tanpa Telur - Special Edition

Tengah-tengah lapar ni (dahla tengah malam ni) aku boleh teringat segala jenis makanan yang sedak hatta yang tak sedap sekalipun, dari roti canai, pizza dominos, KFC, mee celup, koeytiaw goreng, malah nasi kosong campur telur goreng and kicap pun. hihihii..hantu makan la katakan. 


But then, aku teringat satu resepi yang aku pernah cuba buat, terus menjadi dan jadi hidangan femes masa open house ( ulang sekali lagi OPEN HOUSE) kat rumah aku raya puasa aritu, iaitu PUDING KARAMEL.
cewahh, bunyi macam gempak. EH, memang gempak la uols sebab puding ni tak pakai telur. Selain jimat money money money nak beli telur banyak-banyak, puding ni jugak tak rasa hanyir. Tambah esen vanila pulak, jadi wangi dan sangat sedap. Yummmyy,...bangga beb puding aku habis 3 bekas jugak pakat-pakat berebut masa aku keluarkan pencuci mulut. (tapi apasal aku baru update story ni? dah basii)

Puding karamel tanpa telur ni bukan resepi aku pun, resepi dari internet jugak (hasil kerja men'google' resepi masa tengah kat ofis-praktikal) Tapi, gambar aku memang tak ambil pun, gambar google jelah ada. ngeee.

lebih kurang macam ni la rupa dia yang aku buat. *ayaq liuq meleleh

awesome ! yummmmyy.


Dahh dahhhh..Meh belajar cara-cara nak buat pulak. Resepinya ialah :

For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air

Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik (Aku telah mengabaikan step ni thus pudding aku tak berapa nak cantik hehe)
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge.

Kelebihan puding ni : 
- Senang gila nak buat
- Murah sebab tak payah beli telur
- Bahan-bahan asas mudah cari
- Comel bila dah betul-betul keras
- Boleh bawak ofis dan makan dengan kawan-kawan
- Boleh upload instagram, facebook, keek dan lain-lain untuk tunjukkan yang anda dah pandai masak . lalalaa..

sharing is caring .

Nostalgia Burung Ruak Ku

Awal malam tadi, aku buka facebook seperti biasa. Scroll atas dan bawah, aku terjumpa post dari kawan aku, dia tunjuk hidangan dinner dia malam tu. perghhh..SANGAT JELES dibuatnya sebab dia tengah makan sesuatu yang aku sangat-SANGAT suka yakni NASI LEMAK ! fuhhh...terus lapar perut aku disaat menaip entri ni. ONE MORE THING, nasi lemak dia bukan versi biasa-biasa kali ni, tapi terselit satu lauk yang sangat COMEL dan SEDAP dan RARE. susah nak dapat dan dah lama aku tak tengok. nak tahu apa dia?

taraaaaaaa...
tahu tak apa yang pelik dekat nasi lemak ni?
Boleh teka tak lauk apa dia join dengan nasi lemak tu? Mati-mati I ols ingat burung puyuh. perghh..sedap jugak tu..orang lain pun cakap burung PUYUH..tapi SALAH...Ia sebenarnya adalah burung RUAK-RUAK. 


comel tak burung ruak? comel lagi bile dah siap goreng.


ni baru burung puyuhh.


Haa..ni la rupa burung ruak-ruak tu. Punyalah rare burung ni sekarang tahu tak. Sebabnya, apa yang aku perhatikan kat kampung aku di Kelantan tu, kawasan sawah padi dah kurang tu satu problem sebab burung tu semakin kurang habitatnya. Problem lain ialah makanan dia dah semakin kurang + dia menjadi buruan dan kegilaan ramai orang sebab daging dia sangat sedap. Burung ni tak boleh nak ternak macam burung puyuh sebab rasanya burung ni jenis liar, takkan boleh stay dalam suasana terkurung.

hah, kecur tak ayaq liur?
Dulu kecik-kecik, memang aku pernah makan, tapi sangat jarang sebab susah nak dapat. Walaupun tak boleh terbang, tapi dia lari sangat laju dan cekap nak menyorok dalam sawah padi dan semak-semak. 

okay, info tambahan pasal haiwan ni, aku dapat dari Sheikh Al-Google..kihkihkih. Layaannnn.

"Burung Ruak-Ruak ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Amaurornis phoenicurus. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. Burung Ruak-ruak adalah haiwan berdarah panas, bertulang belakang, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Ruak-ruak tidak bergigi. Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.

Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Ia merupakan spesies yang mudah mengadaptasi. Ia berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi u-wak.

Burung Ruak-ruak dewasa kebanyakannya mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia empunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.

Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Bayi burung bewarna hitam seperti kesemua jenis (Rallidae).

Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek. Burung Ruak-ruak mudah dilihat dikawasan terbuka. Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.Merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972 (Akta 76) bagi semenanjung Malaysia,dan juga indonesia.

Burung ruak-ruak terdapat di kawasan berair, seperti paya semak, kolam dan alur di hutan terbuka, paya bakau dan padang dan taman. "